Sunday, January 17, 2016

resepi cheesekut mudah

Hello people. im back. haha

harini aku nak share sikit cara buat cheesekut. selalu aku buat cheesekut bila ada makan makan. takyah bakar pakai oven. tapi leceh sikit nak susun susun biskut tu. tapi takpa. aku share yaaa.

gambar mr google
actually mula mula buat cheesekut ni aku refer dari blog cik epal

BAHAN-BAHAN

1. sebungkus biskut. aku guna cracker deluxe jenama hup seng. pernah try cream cracker tapi tak sedap sangat.

2. cream cheese. aku pakai jenama tatura yang saiz kecik (ada dua saiz)

mr google

3. susu dutch lady

4. 1/2 tin susu pekat manis

5. nestum

CARA-CARA NAK BUAT

1. pukul cream cheese pakai mixer.

2. bila dah lunyai tu masukkan 1/2 tin susu pekat tadi. gaul sampai sebati

3. masukkan susu dutch lady tadi dalam mangkuk lain. celupkan biskut dalam susu tu jangan sampai lembik.

4. susun satu satu dalam loyang/tupperware. susun rapat rapat. kalau ada ruang tu pandai pandai patahkan biskut untuk tampung eh.

5. lepastu sapu cheese yang dah pukul tadi atas biskut. jangan tebal sangat.

6. then tabur nestum atas permukaan cheese.

7. kau ulang buat benda sama sampai habis cheese tu.
   biskut > cream cheese > nestum

** kalau rasa tak cukup cracker deluxe. aku letak je cream cracker dekat tengah tengah lapisan tu.

No comments:

Post a Comment