Friday, December 05, 2014

Manusia

Assalamualaikum.

  

perasan tak? ramai sekarang ni dah mula sedar tujuan hidup. ceh. betul. dah kembali pada jalan Allah. Alhamdulillah. Tambah- tambah artis semua dah pakai tudung. baguslah. dorang dah mula sedar. dorang jugak boleh dijadikan contoh kan. sebagai pendorong untuk berubah kan.

tapi tapi tapi. ramai sangat yang salah anggap. kan. terlalu ramai.

"alaah, kejap je tu. nanti kita tengok"

"saja je tu. nak tunjuk alim"

"bukan betul pun. ikut trend je tu"

hoi hoi. nko sapa  nak nilai hati seseorang. sekurang-kurangnya. dia buat apa yang betul walaupun terpaksa. doakan dia istiqamah. tu je. 

 

tolonglah eh. jangan bersangka buruk. 

 

normal bila benda baru jadi dalam hidup kita. orang lain akan sibuk. cemuh semua tu. tapi sabar. 
Selagi boleh bersabar, teruslah bersabar. selagi boleh diam ambillah hikmah diam. bersedih sederhana tapi lebih bahagia andai tersenyum. usahlah fikir anggapan orang lain. kerana Allah tahu apa yang kita rasa.

 

Banyak yang Allah takdirkan untuk menimpa kita dan dia timpakan semua tu untuk merubah kita. To be a better person.

 

Actually, aku pun tengah slow slow pakai stokin, handsock. alaa, best apa. kaki tak berpeluh bila pakai stokin. pakai pergi kelas dulu. then sikit sikit la kan. abaikan apa orang kata. Doakan aku istiqamah yaaa =)

 

move on. kalau kawan kita yang dulu dah tak suka berkawan dengan kita bila kita dah berubah, maknanya Allah nak bagitahu yang dia bukan kawan yang baik untuk kita. cari kawan baru. yang boleh pimpin kita ke syurga Allah. 

 

selalu doa. minta dengan Allah. walaupun kita tak mampu tapi minta.

 

cuba ubah cara hidup kita. perlahan. walaupun sikit. takpa. Allah tahu kita usaha. 

 

Inshaa Allah. sama sama kita usaha. sama sama doa. aku pun bukan alim. tahu semua. tu je aku mampu share. sorry kalau gambar banyak. rasa hambar je bila aku buang gambar tu. okay. bye. Moga Allah memberkati kita yaaa  :)









2 comments:

  1. Sabar tu penting!! good sharing :)

    ReplyDelete
  2. kan. thanks yaa sudi baca :D

    ReplyDelete