Monday, December 22, 2014

KOLAH

Assalmualaikum.

pernah dengar tak KOLAH. alaa. ke aku yang salah. benda ni ada kat kampung je tau. fungsi dia macam besen gitu. dia besar. tempat simpan air. ni kalau mandi memang nko boleh nak fefeeling kat korea. sejuk dia MashaAllah. tambah kalau nak ambik wuduk pagi pagi. benda ni ada kat kampung aku. hebat gila kalau boleh mandi sebelum subuh dengan air kolah. 

nak dijadikan cerita. masa tu aku sekolah rendah kut. dalam darjah dua camtu. hahaha. actually, malu gila nak story kat sini. tapi em takpe lah kan. nak jugak aku abadikan dalam blog. jadi tatapan anak cucu. ceh.

sebelum tu, aku nak bagi warning sedara mara aku yang baca. please laaa jangan ungkit benda ni bila balik kampung. tolongla. merayu. hahahaha. malu gila.

okay. aku ada cousin umur dia muda setahun. nama dia anis. masa tu, aku tak tahula cemana kitorang boleh mencurahkan idea yang memang terbaikssss. haha. aku tak fikir panjang pun masa nak melaksanakan idea cun tu. 

tahu tak idea ni daripada anis. dia ajak aku mandi dalam kolah. wadeeeheelll. kolah wei. bukan kolam. biasalah. masa tu belum akil baligh kan. tak reti nak fikir. fefeeling mandi kolam kau. boleh bayang tak kitorang siap berenang dalam tu. haha. best gilaa. kolah rumah atok aku kira besar gak ah.

syok gila mandi KOLAM kan. tak perasan berapa lama kitorang dalam tu. kejap pergi bukak air paip. tak nak ada orang perasan. licik tak. haha. lepastu kan, aku lupa siapa yang panggil kitorang. ayat dia "woi, buat apa kat dalam lelama tu, mandi kolah ke apa?" weh. nko rasa apa kitorang buat. haha

........................................................................................................................

aku lupa apa jadi lepas tu. yang aku ingat. semua tanya. siapa mandi dalam kolah. sebab ada banyak buih sabun. air pun dah kelabu. haha. rasa macam bodoh gila masa tu. asal la aku buat benda ni. padahal kawasan perkelahan air terjun sebelah kampung je. mampu je kalau nak pergi. 

tapi takpe la. bila aku fikir balik. boleh jadi kenangan kan. aku dan anis je merupakan cucu atok aku yang pernah berenang dalam kolah. hahahaha. keji sangat perangai aku zaman kecik dulu. okay bye.

No comments:

Post a Comment