Sunday, November 16, 2014

PUDING MILO OREO

 

ASSALAMUALAIKUM.

Hari ni tak pegi sekolah. so, rasa nak buat puding oreo. nah bagi resepi dulu baru nak pegi buat. hehe.  resepi sebelum aku pandai buat puding ni pun dari google. ekceli gambar tu dari encik google. plus hujan di sini buat aku lapar tahap apa dah walaupun tadi dah makan nasi goreng. hmm. hujan je lapar. memang ada kaitan dengan sistem pencernaan manusia eh? haha. okay back to the story. 

BAHAN-BAHAN

Sepaket agar agar putih
Air -750ml
Gula -(lebih kurang 140g)
tepung kastard -2 sudu besar(campur dengan sedikit air)
Oreo -sebungkus
Milo -3/4 cawan
Susu cair -satu tin

CARA-CARA

1. Larutkan agar agar putih dalam air.
2. Masukkan gula sampai larut.
3. Masukkan susu cair. (sentiasa kacau).
4. Campurkan tepung kastard.
5. kacau sampai pekat dan mendidih
6. slowkan api (jangan tutup-nanti agar agar berketul)
7. Asingkan 2 cawan agar agar dalam periuk lain.
8. masukkan milo. kacau sampai semua rata.
9. slowkan api. 
10. masukkan agar coklat dalam bekas puding. tunggu keras.
11. masukkan agar agar putih. (sebelum tu carikkan sikit dengan garpu atas agar agar coklat) sikit  je. nak kasi dia melekat.
12. patahkan oreo pastu letak atas puding tu.
13. dah keras. lapisan terakhir tuang agar agar coklat balik. jadi tiga lapisan.
14. siap dimakan. lagi syok yang sejuk dalam peti.

okay. siap! selamat mencuba. hehe. harap harap jadi. doa penting tahu. menambahkan kesedapan dalam makanan. tambah tambah berzikir. elok lah kan daripada terkinja-kinja melompat melalak sambil memasak tu kan. haha.






 

No comments:

Post a Comment