Tuesday, November 18, 2014

PISANG GORENG CHEESE

Assalamualaikum.

 

woah. tengok gambar pun sedap gila. haha. nko tahu tak cheese favourite aku. ahh. ahh. i'm craving for this.
 nah for you. credit to www.azlitamasammanis.com
 one of my favourite blog. famous gila kan pisang goreng cheese ni. haa. dah tak payah order online bagai. dah boleh buat sendiri. 

PISANG GORENG

BAHAN-BAHAN

Sesikat pisang - buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur 
 
CARA-CARA

Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

BAHAN SOS DAN TOPPING
 
BAHAN-BAHAN
 
 1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
 
CARA-CARA
 
Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.
 
Okay. selamat mencuba yaa. 



 
 
 

No comments:

Post a Comment