Sunday, November 16, 2014

muntah dalam dewan exam

assalamualaikum.

haa. tahu tak sape yang muntah? haa. aku lah tu. memang tak pernah aku sangka benda ni akan jadi dalam hidup aku. haha. tak penah terbayang dek akal fikiran. aku muntah masa aku tengah exam PMR kut. form 3 dulu. haha. tahu tak subject apa. ce teka. 

  

memang kelam kabut gila. waktu nak masuk dewan tu aku tak rasa apa pun. serius. macam biasa. rasa dia macam nko masuk shopping mall. haa. bila aku duduk je kat tempat aku. buka paper tetibe rasa pening lepastu sakit perut. aku dah panik dah. kalau subjek ni memang masa aku tak pernah nak cukup. aku nak gi toilet pun takut. kalau aku tak sempat siap cemane. 

sebab aku tak larat gila. aku gagahkan diri pergi toilet. pengawas yang jaga tu dia suruh aku tulis nama penuh bagai. aku dah terketar-ketar dah. memang tulisan aku YA ALLAH. zig zag tau. ketar kan. aku relax jap dalam toilet. memang takde seorang manusia pun aku jumpa. Ya Allah. aku tak tahu dah nak buat apa. 
 

aku masuk dewan balik. tenang sikit je. lepastu datang balik. memang aku dah tak tahan. tak sempat nak buat apa sebab penat gila. aku muntah. semua fokus kat aku. aku pun dah terkedu gila. cemane aku boleh muntah kat situ. habis paper aku. ic aku. fuhh. 

cikgu bertugas bagi minum air. bagi ubat semua. tukar baju. aku masuk dewan balik. tapi aku duduk kat belakang sekali. sensorang. bayangkan haritu aku duduk kat depan. dikelilingi kengkawan aku. tapi ni dah dikelilingi pengawas peperiksaan. serius aku taktah aku jawab apa. penat doh. tangan ketar jawab exam. pengawas tu pun perasan. kebetulan ada pelawat dari PPD. dia tanya aku banyak tahu. dia suruh aku relax. jangan takut. 

yang paling aku ingat. waktu pengawas bagi tahu "semua calon dibenarkan keluar dewan kecuali calon bernama Siti Aisyah Bt Mazalan"  aku tengok dewan kosong. lepastu pengawas keliling aku. hmm. aku buat je. tak tahu apa aku jawab. nasib kertas satu. yang bulat bulat. haha.

Alhamdulillah. result aku not so bad and not so good. tapi subject ni aku dapat A. hehe. subject mathematics sebenarnya. hehe. tak sangka dapat A. aku memang dah tak target sebenarnya. jawab macam tak jawab. 

okay dah. kesimpulannya. takde benda yang mustahil. mungkin kita tak mampu. tapi Allah Maha Berkuasa. tak mustahil untuk kita dapat. kan kan kan. 

No comments:

Post a Comment