Wednesday, November 26, 2014

MENGUAP

Assalamualaikum.

hari ni nak borak pasal menguap. ecewahh. macam terer sangat akak kau ni. haha. takde lah. pernah tak nko rasa nak menguap bila tengok orang lain menguap? even tengok gambar baby duk menguap pun nko boleh berjangkit nak menguap. pernah tak? pernah tak? haha. normal lah tu. aku pun ada jugak. tapi menguap ni kita kena tahan tau. tahan semampu boleh. haha. mesti nko pikir tahan menguap yang tutup mulut semampu boleh sampai hidung nko yang mengembang kemain. kahkahkah. 



haa. aku nak tanya. sehari berapa kali nko menguap? tak terbilang. ye dak? menguap ni tak kira masa kan. sambil borak dengan gengpun nko boleh menguap. siap keluar air mata bagai. feel gettew.



yang ni memang feel gilaa. okay. petua elak menguap. bila nampak je ada orang nak menuap cecepat nko alih pandangan. tengok benda elok sikit. takpayah nak hadap sangat tengok comel tak orang tu menguap. haa. takpayah.

Dalam Islam, kita dianjurkan menutup mulut ketika menguap kerana banyak hadis yang menyentuh tentang perbuatan menguap dan adab-adabnya membawa kepada satu makna. Iaitu Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut apatah lagi ketika solat.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).” Riwayat Imam Muslim.

“Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu. Kerana sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap terkeluar perkataan 'haa', syaitan akan mentertawakannya.” ( Hadis Riwayat Bukhari)


Islam juga telah mengajar beberapa adab ketika menguap iaitu dengan menutup mulut dan sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap . Jadi, patuhilah adab-adab dalam Islam ketika anda menguap. Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan oleh syaitan. ok bye.

No comments:

Post a Comment