Tuesday, November 18, 2014

CARA BETUL PAKAI COLI

Assalamualaikum.

Maaf kalau tittle kurang menyenangkan. untuk perempuan. lain gender sila pangkah. 

 Lebih kurang 80% wanita salah dalam pemakaian coli. kebanyakannya mungkin salah pilih size. mungkin tak suka dengan assistant dekat kedai tu. sama la. haha. tak suka gilaaa. okay. satgi bila dah tahu cara dia dah tak payah hadap dorang dah. ambil terus bayar. ye dak? hahaha. cun gila idea aku.okay back to main story. Actually, semua ni aku dapat DI SINI

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.


Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').


Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.


Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.


Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"


"Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.

"Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.

 "Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar,"

Ada juga wanita malu memiliki payudara besar. Avon Intimate tidak terkecuali mencipta sejenis coli yang mampu membuatkan payudara kelihatan satu saiz lebih kecil.

 "Dinamakan 'minimizer', coli potongan unik ini direka khas untuk pemilik payudara bulat padat dan besar kelihatan lebih menawan dan cantik terbentuk.

 "Perkara yang memalukan jika butang kemeja anda terbuka kerana bahagian berkenaan ketat dan sarat, jadi pemakaian coli 'minimizer' boleh mengelakkan situasi berulang malah kemeja juga terlihat lebih kemas dan selesa di pakai,"

 Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.

Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.

 "Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama," 


Payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan
  

Payudara pendulous
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

Payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

Payudara posisi rapat

- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi). 

INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?


Ukur saiz badan

- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

Saiz Coli (SC) = Saiz badan  +  4" @ 5"

Kalau Nombor genap, tambahkan 4"  (Con: 28" + 4"  = 32" [inilah saiz coli anda])

Kalau Nombor ganjil, tambahkan  5" (Con: 31" + 5" = 36" [inilah saiz coli anda])



 Ukur saiz mangkuk

- Ukur bahagian paling penuh payudara (SP) kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli


 Saiz mangkuk = Beza SP-SC


 0  = Cup 'A'
+1" = Cup 'B'
+2"  = Cup 'C'
+3"  = Cup 'D'
+4"  = Cup 'DD'
   
Dengan panduan di atas semoga anda semua dapat menentukan apakah saiz sebenar coli anda & dapat membuat pilihan yang tepat sebelum membeli pakaian dalam anda.

harap dapat membantu korang. sekali lagi terima kasih untuk AVON

No comments:

Post a Comment