Friday, November 28, 2014

ON VACATION

Assalamualaikum.

 
okay. nak inform yang aku nak pergi bercuti start esok. haa. family vacation. alaa. bukan jauh pun. dalam malaysia gak. sooo, cabaran aku tu tangguh kejap eh. 

Wednesday, November 26, 2014

FAKTA ANAK KEDUA

Assalamualaikum.


haha. bukan nak tilik masa depan ke hape. aku nak share benda ni je. kebetulan okay. terjumpa masa tengah scroll  twitter. haha. sama kut dengan aku. anak kedua weh. jom jom.

 

1. betul kut. aku tak boleh la. lembut hati. susah nak benci orang. bukan nak tunjuk perfect ke apa. no no no. mulut je kata benci tau. hati kemain. tapi tapi tapi kalau aku dah tak suka gila dia haaaa.

2. yes. garang gila. nko tahu tak siblings aku semua panggil aku harimau. haha. okay tak lawak. tapi aku paling penyayang tau. tak percaya tanya adik aku. haha.

3. memang. aku kalau gelak jangan tegur. tapi takde lah sampai melalak satu rumah. tak ingat dunia je kan.

4. omagaadd. yang ni memang betul. sensitif gila. aku taktahu kenapa. air mata keluar macam entah. aku tak suka lah sensitif ni. asek menangis. aku taknak sebenarnya. nko paham tak. barang aku bersepah pun boleh nangis. wadeheeell

5. hah? peminat? tak tahu pun. haha. okay yang ni tipu. aku ni low profile je. tak mau lah pemes pemes ni. haha. ramai tak kena aku kut kat sekolah. hahahahaha

6. okay yang ni betul. memang mudah jatuh hati. ceh. ye la. mudah sayang orang tu kalau dia ambik berat pasal aku. oh. touchinggg

7. betul kut. susah nak lupa orang yang aku sayang. aku memang tak lupa orang yang aku suka dari tadika lagi. semua nama aku ingat. hmm. 

8. tumpuan? tak kut. hishh. tumpuan ramai amende pulak. takde lah. takde takde takde. 

9. yes. aku tak suka lah nak tunjuk semua orang yang aku sedih. aku lagi suka pendam. entah. rasa macam ni private aku. takde orang boleh tahu. hmm. aku bagitahu dekat orang yang aku percaya je.

10. macam no.7 la kan. aku memang ingat kawan kawan lama aku. tak lupa pun orang yang aku sayang. nama kawan aku masa kat tadika dulu QISTINA ADNIN. sila terharu. tak pernah jumpa balik lepas aku keluar tadika. 

11. macam ulang balik je. perasan tak? sama je kan kan kan. ya! aku penyayang dan romantik. haha. nampak tak marah dia tu. kahkahkah

12. manja. lagi sekali dia bagitahu. hantuk kangg. pemurah hati tu betul kut. aku pernah terpikir nak bawak gula-gula dan makanan kucing dalam beg. senang kalau aku jumpa kucing or bebudak. lagi satu, aku suka tengok dorang happy. hehe.

13. ye ke? kawan aku cakap betul. aku pandai bercakap. tapi aku rasamacam aku pendiam. kawan aku cakap ya jugak. aku pendiam tapi peramah. hmm. nko pikir lah. 

14. sooo true. aku memang gila-gila kalau dengan geng. haha. jangan cakap. macam macam aku boleh buat. 

15. yes. aku takboleh duduk dalam gelap. kalau tidur pun. mesti ada satu cahaya tau. tak kira lah terang ke tak. mesti ada. 

16. aku memang suka memasak. tapi tapi tapi aku tak suka masak lauk pauk semua tu. pelishhh. aku suka dessert ke. western food ke. yang kalau masak tak perlu banyak jenis.

17. rajin ke? kalau tanya umi tak kut. haha. tapi aku kalau dah rajin tolonglah jangan ganggu. nko bagi semua pinggan dekat malaysia ni pun aku sanggup basuh. haha

18. ya. aku mudah je. kalau senyap ada benda tak kena. memang aku senyap ah. tak cakap pun. 

19. ya. selagi mampu aku akan tolong. aku pikir kalau aku tolong orang tu mesti ada orang lain akan tolong aku. power tak otak aku? hahahahaha

20. semua orang dalam rumah dah tahu. aku lah paling mudah bangun. cepat tau. aku pun taktahu. ketuk pintu. sentuh tombol pintu aku bangun terus. even ada orang sebut nama aku pun terus bangun. haha. magic kan.

dannnn, aku anak kedua yang awesome! perasan tak kat situ. haha. dah baca hafal. okbye.

MENGUAP

Assalamualaikum.

hari ni nak borak pasal menguap. ecewahh. macam terer sangat akak kau ni. haha. takde lah. pernah tak nko rasa nak menguap bila tengok orang lain menguap? even tengok gambar baby duk menguap pun nko boleh berjangkit nak menguap. pernah tak? pernah tak? haha. normal lah tu. aku pun ada jugak. tapi menguap ni kita kena tahan tau. tahan semampu boleh. haha. mesti nko pikir tahan menguap yang tutup mulut semampu boleh sampai hidung nko yang mengembang kemain. kahkahkah. 



haa. aku nak tanya. sehari berapa kali nko menguap? tak terbilang. ye dak? menguap ni tak kira masa kan. sambil borak dengan gengpun nko boleh menguap. siap keluar air mata bagai. feel gettew.



yang ni memang feel gilaa. okay. petua elak menguap. bila nampak je ada orang nak menuap cecepat nko alih pandangan. tengok benda elok sikit. takpayah nak hadap sangat tengok comel tak orang tu menguap. haa. takpayah.

Dalam Islam, kita dianjurkan menutup mulut ketika menguap kerana banyak hadis yang menyentuh tentang perbuatan menguap dan adab-adabnya membawa kepada satu makna. Iaitu Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut apatah lagi ketika solat.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).” Riwayat Imam Muslim.

“Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu. Kerana sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap terkeluar perkataan 'haa', syaitan akan mentertawakannya.” ( Hadis Riwayat Bukhari)


Islam juga telah mengajar beberapa adab ketika menguap iaitu dengan menutup mulut dan sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap . Jadi, patuhilah adab-adab dalam Islam ketika anda menguap. Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan oleh syaitan. ok bye.

Friday, November 21, 2014

Holiday

Assalamualaikum.

 

woah. it's holiday. haha. last aku sekolah jadi pelajar Form4. hmm, tahun depan aku dah exam. SPM weh. cepat gila masa. cuti ni aku decide nak study form4. nanti form5 dah tak payah kalut. nko paham la umi aku. cuti ke tak cuti pegi tusyen. memang takde can la aku nak lepak lepas subuh. kelas start pukul 8. gila awal. pukul 7 dah nak kena ion baju bagai. umi will always ask me to study study and study. i know she want the best for me. hmm. I'm too worried about that.

takpa. umi kata. susah susah dulu. bukan senang nak jadi senang. kena usaha. time ni je nak gigih semua. jangan fikir susahnya usaha. fikirlah manisnya kejayaan. setuju! macam biasa. aku selalu plan banyak benda. tengok ah jadi ke tidok. selalu tak jadi. ntah. haha. 

lagi sekali nak mintak maaf kat kawan-kawan tusyen, sekolah semua tu. haha. banyak sangat kenangan aku form4 ni. banyak yang kita kongsi sesama. thanks sangat yang selalu back up aku kalau aku kena marah dekat cikgu ke apa kan. haha. aku tahu. korang sayang aku kan kan kan. aku tahu ramai je kawan sekolah aku yang baca walaupun followers aku ciput je. haha. doakan spm aku tau. hehe. kbye. semoga kalian dirahmati ALLAH :)

Tuesday, November 18, 2014

PISANG GORENG CHEESE

Assalamualaikum.

 

woah. tengok gambar pun sedap gila. haha. nko tahu tak cheese favourite aku. ahh. ahh. i'm craving for this.
 nah for you. credit to www.azlitamasammanis.com
 one of my favourite blog. famous gila kan pisang goreng cheese ni. haa. dah tak payah order online bagai. dah boleh buat sendiri. 

PISANG GORENG

BAHAN-BAHAN

Sesikat pisang - buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur 
 
CARA-CARA

Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

BAHAN SOS DAN TOPPING
 
BAHAN-BAHAN
 
 1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
 
CARA-CARA
 
Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.
 
Okay. selamat mencuba yaa. 



 
 
 

CARA BETUL PAKAI COLI

Assalamualaikum.

Maaf kalau tittle kurang menyenangkan. untuk perempuan. lain gender sila pangkah. 

 Lebih kurang 80% wanita salah dalam pemakaian coli. kebanyakannya mungkin salah pilih size. mungkin tak suka dengan assistant dekat kedai tu. sama la. haha. tak suka gilaaa. okay. satgi bila dah tahu cara dia dah tak payah hadap dorang dah. ambil terus bayar. ye dak? hahaha. cun gila idea aku.okay back to main story. Actually, semua ni aku dapat DI SINI

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.


Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').


Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.


Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.


Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"


"Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.

"Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.

 "Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar,"

Ada juga wanita malu memiliki payudara besar. Avon Intimate tidak terkecuali mencipta sejenis coli yang mampu membuatkan payudara kelihatan satu saiz lebih kecil.

 "Dinamakan 'minimizer', coli potongan unik ini direka khas untuk pemilik payudara bulat padat dan besar kelihatan lebih menawan dan cantik terbentuk.

 "Perkara yang memalukan jika butang kemeja anda terbuka kerana bahagian berkenaan ketat dan sarat, jadi pemakaian coli 'minimizer' boleh mengelakkan situasi berulang malah kemeja juga terlihat lebih kemas dan selesa di pakai,"

 Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.

Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.

 "Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama," 


Payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan
  

Payudara pendulous
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

Payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

Payudara posisi rapat

- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi). 

INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?


Ukur saiz badan

- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

Saiz Coli (SC) = Saiz badan  +  4" @ 5"

Kalau Nombor genap, tambahkan 4"  (Con: 28" + 4"  = 32" [inilah saiz coli anda])

Kalau Nombor ganjil, tambahkan  5" (Con: 31" + 5" = 36" [inilah saiz coli anda])



 Ukur saiz mangkuk

- Ukur bahagian paling penuh payudara (SP) kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli


 Saiz mangkuk = Beza SP-SC


 0  = Cup 'A'
+1" = Cup 'B'
+2"  = Cup 'C'
+3"  = Cup 'D'
+4"  = Cup 'DD'
   
Dengan panduan di atas semoga anda semua dapat menentukan apakah saiz sebenar coli anda & dapat membuat pilihan yang tepat sebelum membeli pakaian dalam anda.

harap dapat membantu korang. sekali lagi terima kasih untuk AVON

Sunday, November 16, 2014

muntah dalam dewan exam

assalamualaikum.

haa. tahu tak sape yang muntah? haa. aku lah tu. memang tak pernah aku sangka benda ni akan jadi dalam hidup aku. haha. tak penah terbayang dek akal fikiran. aku muntah masa aku tengah exam PMR kut. form 3 dulu. haha. tahu tak subject apa. ce teka. 

  

memang kelam kabut gila. waktu nak masuk dewan tu aku tak rasa apa pun. serius. macam biasa. rasa dia macam nko masuk shopping mall. haa. bila aku duduk je kat tempat aku. buka paper tetibe rasa pening lepastu sakit perut. aku dah panik dah. kalau subjek ni memang masa aku tak pernah nak cukup. aku nak gi toilet pun takut. kalau aku tak sempat siap cemane. 

sebab aku tak larat gila. aku gagahkan diri pergi toilet. pengawas yang jaga tu dia suruh aku tulis nama penuh bagai. aku dah terketar-ketar dah. memang tulisan aku YA ALLAH. zig zag tau. ketar kan. aku relax jap dalam toilet. memang takde seorang manusia pun aku jumpa. Ya Allah. aku tak tahu dah nak buat apa. 
 

aku masuk dewan balik. tenang sikit je. lepastu datang balik. memang aku dah tak tahan. tak sempat nak buat apa sebab penat gila. aku muntah. semua fokus kat aku. aku pun dah terkedu gila. cemane aku boleh muntah kat situ. habis paper aku. ic aku. fuhh. 

cikgu bertugas bagi minum air. bagi ubat semua. tukar baju. aku masuk dewan balik. tapi aku duduk kat belakang sekali. sensorang. bayangkan haritu aku duduk kat depan. dikelilingi kengkawan aku. tapi ni dah dikelilingi pengawas peperiksaan. serius aku taktah aku jawab apa. penat doh. tangan ketar jawab exam. pengawas tu pun perasan. kebetulan ada pelawat dari PPD. dia tanya aku banyak tahu. dia suruh aku relax. jangan takut. 

yang paling aku ingat. waktu pengawas bagi tahu "semua calon dibenarkan keluar dewan kecuali calon bernama Siti Aisyah Bt Mazalan"  aku tengok dewan kosong. lepastu pengawas keliling aku. hmm. aku buat je. tak tahu apa aku jawab. nasib kertas satu. yang bulat bulat. haha.

Alhamdulillah. result aku not so bad and not so good. tapi subject ni aku dapat A. hehe. subject mathematics sebenarnya. hehe. tak sangka dapat A. aku memang dah tak target sebenarnya. jawab macam tak jawab. 

okay dah. kesimpulannya. takde benda yang mustahil. mungkin kita tak mampu. tapi Allah Maha Berkuasa. tak mustahil untuk kita dapat. kan kan kan. 

start kenal korea

assalamualaikum

ceh. tittle aku memang takleh blah. nak ceciter je. cemane aku boleh terjebak dengan drama korea ni semua.
fakta. aku tengok drama korea je. aku tak layan sangat lagu lagu dorang. eh eh. lagu dorang sedap. tapi aku tak terlalu obses dengan mana mana kumpulan. tapi aku setia dengan satu kumpulan tu je. tak kisah la sekarang ni dah famous gila EXO. sampai Luhan dan Chriss keluar pun kawan aku ada yang sanggup nangis. haa. betapa setianya aku. cehh.

aku start tengok korea masa aku form 2. tahun 2012. masa tu Aqeela yang suggestkan aku tengok satu drama korea. dia bagitahu aku yang citer tu best gila. aku tak layan sangat. tapi aku copy drama tu. aku tak tengok pun. lebih kurang 3-4 bulan jugak aku duk perap dalam pendrive. tak teringin nak tengok pun. tapi ada la. aku boring gilaaa masa tu. terdetik nak tengok drama ni. first drama korea dalam hidup aku. haha.

 
mestilah nak diabadikan dalam blog. jadi kenangan esok esok.

aku sebenarnya suka dengan hero dia. haha. bapak hensem gilaa

 




 



 


  

haa. banyak gila aku bagi nko tatap. haha. tak pelik la aku fans tegar kumpulan Shinee. haa. setia tau. lama gilaa. tak beralih arah. cehh. memang sampai sekarang aku minat dia. entah. haha. comel gilaaaa. dah berjuta kali aku tengok drama dia. dalam running man. haha. kbyee

PUDING MILO OREO

 

ASSALAMUALAIKUM.

Hari ni tak pegi sekolah. so, rasa nak buat puding oreo. nah bagi resepi dulu baru nak pegi buat. hehe.  resepi sebelum aku pandai buat puding ni pun dari google. ekceli gambar tu dari encik google. plus hujan di sini buat aku lapar tahap apa dah walaupun tadi dah makan nasi goreng. hmm. hujan je lapar. memang ada kaitan dengan sistem pencernaan manusia eh? haha. okay back to the story. 

BAHAN-BAHAN

Sepaket agar agar putih
Air -750ml
Gula -(lebih kurang 140g)
tepung kastard -2 sudu besar(campur dengan sedikit air)
Oreo -sebungkus
Milo -3/4 cawan
Susu cair -satu tin

CARA-CARA

1. Larutkan agar agar putih dalam air.
2. Masukkan gula sampai larut.
3. Masukkan susu cair. (sentiasa kacau).
4. Campurkan tepung kastard.
5. kacau sampai pekat dan mendidih
6. slowkan api (jangan tutup-nanti agar agar berketul)
7. Asingkan 2 cawan agar agar dalam periuk lain.
8. masukkan milo. kacau sampai semua rata.
9. slowkan api. 
10. masukkan agar coklat dalam bekas puding. tunggu keras.
11. masukkan agar agar putih. (sebelum tu carikkan sikit dengan garpu atas agar agar coklat) sikit  je. nak kasi dia melekat.
12. patahkan oreo pastu letak atas puding tu.
13. dah keras. lapisan terakhir tuang agar agar coklat balik. jadi tiga lapisan.
14. siap dimakan. lagi syok yang sejuk dalam peti.

okay. siap! selamat mencuba. hehe. harap harap jadi. doa penting tahu. menambahkan kesedapan dalam makanan. tambah tambah berzikir. elok lah kan daripada terkinja-kinja melompat melalak sambil memasak tu kan. haha.






 

Wednesday, November 12, 2014

GOOGLE - mokhtar dahari


Masa tengah syok search google. tak perasan pun icon tu. baru perasan lepas tengok entry baru Mia Liana. icon ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI. pemain bola sepak negara yang terkenal suatu masa dahulu.tapi aku tak sempat tengok. tapi tak bermakna aku tak kenal dia.

 
comel. hehe. actually. hari ni hari kelahiran beliau.

DONE EXAM

Hulloo. Assalamualaikum.

haha. kemain aku. exam dah habis woii. takpayah nak stay memalam lagi. habis eyebag aku. aku ni jenis memang suka bebeno study last minute. awesome! hehe. dah. stop. exam dah habis. mampu doa dan tawakkal. usaha dah. harap dapat result gempak. untuk tahun depan. tahun depan FORM5 weh. dah SPM kut aku. tunggu masa nak kawen. haha. gatal. 

okay. back to the story. banyak benda aku plan sebenarnya lepas exam ni. espcially untuk blog ni. haaa. nampak tak perubahan dia. memang aku dah niat dari dulu " sahaja aku habis je exam nak urus blog "
haha. tercapai lah sikit. sikit je. okay la kan. 

semenjak habis final exam ni malas pulak nak mengadap whiteboard dekat sekolah. haih. genetik sape tah. haha. bukan apa. baik aku mengabiskan mas dekat rumah. banyak benda aku boleh buat. kalau pegi sekolah cikgu pun ramai takde. guard budak budak SPM. cehh. ye dokk ? 

rasa macam habis SPM bila dah habis Final exam ni. faham tak perasaan bila dah freedom ni. alaa, macam baru habis melabur. haa gitula. haha. 

anyway, aku harap result aku gempak. ameen. kbye :)