Friday, August 22, 2014

Cara mudah buat puding trifle

Assalamualaikum.

Harini aisyah rasa rajin pulak nak share resipi. hikhik. sebenarnya minggu lepas ada sambutan hari raya kat sekolah. jadi aisyah rasa puding trifle sesuai kut bawak. kegemaran ramai.

BAHAN-BAHAN
1. swiss roll / kek / apollo (pandan & vanilla) - AM guna swiss roll
2. buah-buahan cocktail - asingkan buah dengan air
3. tepung kastard
4. gula
5. jelly - guna jenama nona
6. jem strawberry - optional je (taknak letak pun boleh)
7. buah-buahan segar - AM guna strawberry
 8. 1 tin susu cair. 
9. air - sukat pakai 1 tin susu cair
CARA-CARA
1. potong kek (jangan tebal sangat). susun dalam bekas. jangan bagi ada lubang.
2. kalau nak kek korang gebu gitu boleh renjis renjis air cocktail tadi. air dia je tau. (jangan syok sangat renjis tu. kang manis sangat)
3. sapu jem atas kek korang. jangan banyak sangat. nipis je. (tak letak pun takpe)

4.BEKAS LAIN. masukkan 3 SB penuh (biar penuh penuh macam gunung gitu).  
5. masukkan 1 tin susu cair.
6. masukkan air sukat pakai tin tadi.
7. masak atas api perlahan. kacau sampai agak pekat gitu.

8. tuang atas kek tadi. (tunggu sampai betul betul keras, bukan guna freezer)
9. letak buah buahan cocktail. jangan ada air. dah pesan tadi asingkan.

10. sekarang masak jelly nona atas api perlahan. tambah 2 cawan air. (ikut arahan di belakang kotak)
11. bila serbuk dah hancur dan agak dah okay boleh tuang terus atas buah cocktail tadi.
12. boleh hias guna buah buahan segar.
13. then letak dalam peti ais. SIAP.

SB = sudu besar

okay. semoga berjaya. kahkah. sorry kalau ada ayat susah terbelit sana sini. kalau ada masa, Inshaa Allah aisyah update resipi makaroni bakar yee (: 

  

No comments:

Post a Comment