Thursday, August 28, 2014

kenapa nak kutuk ??

Assalamualaikum.

 Harini nak emo emo sikit. cehh. bukan. minggu ni macam macam perkara jadi. aku tak paham.
manusia sekarang lebih suka kutuk, hina, jatuhkan orang, malukan, aibkan. bukan nak tunjuk alim. aku pun tak sempurna. YES. maelayu kutuk melayu. even sesama islam sekalipun. tak paham aku.

kalau nampak seseorang tu buat salah, sangatlah normal bila orang tu dikutuk, dihina, dimalukan or anythings else. pelik. why not kalau kita doakan dia supaya kembali ke jalan yang benar. tak salah kan. tak rugi sikit pun. apa yang kita doa tu akan reflect balik kat kita. 

apa yang kita cakap adalah doa. dan apa yang kita doa akan didoakan para malaikat kepada kita.

Friday, August 22, 2014

Cara mudah buat puding trifle

Assalamualaikum.

Harini aisyah rasa rajin pulak nak share resipi. hikhik. sebenarnya minggu lepas ada sambutan hari raya kat sekolah. jadi aisyah rasa puding trifle sesuai kut bawak. kegemaran ramai.

BAHAN-BAHAN
1. swiss roll / kek / apollo (pandan & vanilla) - AM guna swiss roll
2. buah-buahan cocktail - asingkan buah dengan air
3. tepung kastard
4. gula
5. jelly - guna jenama nona
6. jem strawberry - optional je (taknak letak pun boleh)
7. buah-buahan segar - AM guna strawberry
 8. 1 tin susu cair. 
9. air - sukat pakai 1 tin susu cair
CARA-CARA
1. potong kek (jangan tebal sangat). susun dalam bekas. jangan bagi ada lubang.
2. kalau nak kek korang gebu gitu boleh renjis renjis air cocktail tadi. air dia je tau. (jangan syok sangat renjis tu. kang manis sangat)
3. sapu jem atas kek korang. jangan banyak sangat. nipis je. (tak letak pun takpe)

4.BEKAS LAIN. masukkan 3 SB penuh (biar penuh penuh macam gunung gitu).  
5. masukkan 1 tin susu cair.
6. masukkan air sukat pakai tin tadi.
7. masak atas api perlahan. kacau sampai agak pekat gitu.

8. tuang atas kek tadi. (tunggu sampai betul betul keras, bukan guna freezer)
9. letak buah buahan cocktail. jangan ada air. dah pesan tadi asingkan.

10. sekarang masak jelly nona atas api perlahan. tambah 2 cawan air. (ikut arahan di belakang kotak)
11. bila serbuk dah hancur dan agak dah okay boleh tuang terus atas buah cocktail tadi.
12. boleh hias guna buah buahan segar.
13. then letak dalam peti ais. SIAP.

SB = sudu besar

okay. semoga berjaya. kahkah. sorry kalau ada ayat susah terbelit sana sini. kalau ada masa, Inshaa Allah aisyah update resipi makaroni bakar yee (: 

  

Thursday, August 21, 2014

barsyukur

Assalamualaikum.

sebenarnya aku ni jenis yang cepat kesian. paham tak? aku tak boleh tau tengok orang susah or pakcik tua ke hape. bukan nak tunjuk bagus. tapi yelah. paling tak boleh kalau tengok makcik dengan pakaian lusuh tengah godek duit nak beli barang,

Umi pernah bagitahu. ada lagi pelajar dia yang taktahu nak buka pintu kereta. walhal kereta umi takdelah canggih mana pun. biasa je.waktu tu umi aku nak hantar dia balik. terserempak tepi jalan tengah jalan kaki walaupun agak jauh la kan dari sekolah tu. bila sampai rumah dia. umi aku stop la kan. tapi dia tak turun turun. pelik. umi aku pun tanya

"kenapa tak turun"

"tak reti nak bukak pintu cikgu" (muka malu malu)"

Ya Allah. terkesima aku kejap. ada lagi orang yang tak tahu bukak pintu kereta zaman ni. bukan nak perlekehkan dia. tapi nak dijadikan iktibar. kita yang ada kereta ni pun, masih lagi tak bersyukur. nak yang lagi bagus. hidup kita takkan maju lah kalau nak ikut kata orang. nak ikut trend boleh. biar berkemampuan. ni tak. barang semua mewah. tapi hutang keliling. tak payahlah. bukan boleh masuk kubur pun semua tu. jangan kesah sangat mulut manusia. sesama melayu pun normal bersaing nak menjatuhkan sesama mereka.nak berjaya, jangan cari kelemahan orang lain. cari kelemahan kita dan baiki.
when you get little, you want more, when you get more, you desire more. when you loose, you realize little was enough. always say ALHAMDULILLAH for what you have 


Friday, August 15, 2014

Six easy ways to earn even after death

Assalamualaikum
I got an interesting little knowledge to share with you guys. Thought it might be beneficial for us as muslim kan? Maybe some of you have already read about this, well it doesn't matter =) Kalau yang dah tahu, anggaplah ia sebagai reminder, dan kalau yang belum tahu, anggaplah ia sebagai ilmu. Selamat beramal =) 

Six easy ways to earn even after death 
  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.
Sebenarnya ada banyak lagi cara lain. This is just some part of it =) Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan ini. 




credit to FATIN LIYANA

Saturday, August 09, 2014

Sibuk. Raya. Maaf. Puasa enam

Assalamualaikum.
 haih. Rasa dah lama tak update blog. Biasalah. Aisyah pelajar sekolah lagi kan. Hujung minggu baru ada masa nak bukak. Tu pun ada kelas tambahan. Tak sempat. Masa pun makin laju jalan.

Okay. Dah banyak merepek. Di kesempatan ni. Aisyah nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. macam biasalah. Maaf zahir dan batin. Lols. Hehe. Serius. Maafkan segala salah silap aisyah. Kalau ada salah tulis, tergores hati, termakan makanan, termengumpat dan ter ter yang aisyah tak tersebut. Biasalah. Manusia tak lari dari semua tu. Tak perfect. Orang kata tak maksum. 0-0 yaaa. Kihkih.




Selamat hari raya ke-13. insha Allah kalau sempat jom ambil fadhilat puasa 6. Tak rugi pun. Puasa 6 umpama kita berpuasa sepanjang tahun. Kalau nak puasa sepanjang tahun tu memang tak lah kan. Faham. Okay. selamat berpuasa juga yaa.