Thursday, May 29, 2014

DNA babi dalam cadburry

assalamualaikum.

alahai. sekarang ni bising pasal isu DNA babi dalam cadburry. waktu aisyah tengah syok layan tv. keluar berita cadburry ada DNA babi. kalut tau. habih panggil seluruh kaum kerabat tengok berita. cadburry kut. famous tuu. nasib baik dah berapa bulan aku tak sentuh cadburry. haih.


                                    


Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 dah tersebar luas mulai jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial Pihak Cadbury Malaysia dalam kenyataan facebook rasmi menjelaskan bahawa produk mereka dijamin halal dan persediaan mengikut prosedur. Namun, surat media rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 mengesahkan Produk Cadbury mengandungi DNA babi. Pengguna dinasihatkan supaya menghentikan sementara memakan produk coklat Cadbury kerana pihak KKM telah mengesahkan penggunaan Porcine (Bahan dari Babi) dalam produk syarikat tersebut.

Sumber: melvister.com

ada dua jenis cadburry yang tercemar dengan DNA babi. Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk.maknanya, coklat susu yang lain tu selamat dimakan. tapi bagi Aisyah, better tak payah makan semua la. takut nanti haa.

kalau dah memang nak makan sangat cadburry tahap infiniti tu mohon tengok no. batch dia dulu.
  1. Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014
  2. Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.