Wednesday, April 30, 2014

cara guna mesin ATM -cash Machine Deposit Maybank & CIMB

waahh. semangat tau aku nak tulis entry kali ni. dah lama decide nak share benda ni.
biasalah. busy memanjang. sampai nenek aku cakap sampai aiskrim bubur yang dah seminggu dia buat aku baru perasan. ececeh. kaitan pulak.

okay. berbalik kepada cerita kita. aduhh. senang cakap cara nak bank in duit. cara ni nko boleh buat bebila masa yg nko rasa nko nak mengadap mesin tu. benda ni tk payah nk ada kad ahli bagai. so, benda ni dpt meringankan beban purse nko yg penuh dgn kad2 ape tah. nko bawak duit & akaun bank penerima je. mesin cash deposit maybank hanya utk duit yg nko nak masukkan dlm akaun Maybank je tau. bukan semua jenis bank.

CARA GUNA CASH MACHINE DEPOSIT

1. nko wajib pegi ke cawangan Maybank or CIMB 

2. nko pilih tempat yg ada tulis machine cash deposit

3. nko tekan je pape nombor utk mengaktifkan mesin tu
4. bila skrin dah muncul, nko pilih bahasa malaysia

5. then, dia keluar gambar duit. nko tekan je ya

6. dia suruh nko pilih urusniaga. tekan deposit tunai

7. nko masukkan nombor akaun Maybank or CIMB

9. pastikan nombor akaun betul. then tekan ya 

10. pastikan nama yg tertera nama penerima

11. kotak wang terbuka. masukkan duit nko dgn betul. yg belakang mengadap nko. (mesin tk terima duit RM1-RM5)
12. tekan teruskan

13. pastikan jumlah duit betul di skrin. tekan ya

14. kalau mesin muntah balik duit nko. nko muntah balik kat dia. haha. nko ambik je duit tu, tekan tambah wang & masukkan balik duit
15. ambil resit. yg ni penting sgt kalau nko ada buat pembelian online. simpan bebaik

okay. senang je kan. haha. maaf kalau bahasa aku buat nko tk paham. ya, maybe ramai yg masih tk tahu nk guna benda alah ni, tapi jgn takut nk cuba. seronok tau. rasa macam nak bank in duit setiap hari. over tau. memandangkan sekarang ni byk kedai online dari kedai kat tepi jalan, aku rasa memang patut kena tahu benda ni.
  
 


Saturday, April 12, 2014

netball

woahaa. tak sangka uolls. haha.

waktu latihan kat sekolah aku dah tanam dalam diri takmo jadi shooter dah. ececeh. serius.
sebulan kitorang practise, aku tak pernah pun ambik posisi GA or GS. aku main guard orang je.
haha. dah boring tau nak shoot bola masuk gol. dari sekolah rendah lagi aku main benda tu.

tapi, rezeki aku kut. GA kitorang terseliuh camana tah. aku kena ganti. nko tahu tak aku tak practise langsung shoot tetiba nak ganti ganti ni. haih. kalo tak masuk naik gila aku. tapi ALHAMDULILLAH. berkat doa nenek aku kat rumah kut tu yang masuk tu.

 yang aku takleh nak percaya. time pengadil tu bagitahu yang aku terpilih ke peringkat negeri. hah? woi. aku dahla tak practise. kesian tau yang lain. tapi ALHAMDULILLAH. tapi bila pikir balik, mesti banak aku kena tinggal kelas. nak backup balik study bukan senang. nasib baik ada sorang lagi kawan aku dapat pegi. satu kelas lagi. bolehlah nak study group sama.

doakan aku berjaya tauu. fuhh. meremangg :3

Monday, April 07, 2014

misi diet

haloo uollls.
haha. title memang tkleh blah.

nko tahu. minggu lepas, first time abang aku cakap aku makin gemuk. what?!
haa. terkejut lembu melompat lah. nko tahu tak first time abang aku cakap cenggitu. first time weh.
gelabah aku. mulalah bising satu rumah tanya aku dah gemuk ke? tapi, umi aku cakap tak. paham tak umi nak jaga perasaan anak dia ni. huh. jujur bolah tak? 

nah. mulalah misi nak diet aku. nko paham kan pompuan ni sensitif bila sebut isu gemuk. mulalah macam kambing bertelur empat biji. tak senang duduk.

bila dorang makan sesedap then tunjuk depan aku. erghh

okay. continue misi diet. diet ni kan macam-macam. makesure nko diet bebetul tau kalau nak diet macam aku. ni aku kasi tips gempak sikit. 

                                                         

ingat misi kita macam ni okayy :D

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKAN PERLAHAN-LAHAN


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL


Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

DIARI PEMAKANAN


Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

 



credit to eiykien

Thursday, April 03, 2014

drama korea

wahh. sekarang aku dah mula gila dengan drama korea. harini aku nak share sikit ngan uolls  laman web drama/movie korea yang selalu aku usha. nko pun kena belajar usha laman web ni. syok tauu.

website ni senang di guna.


ada beberapa drama yang tak boleh download dekat website ni.


sini pun senang mendownload jugak


Youtube last laman web yang akan dicari.
  

tak boleh nak download. just tengok je boleh la. banyak dapat feedback dia punya video HD punya.


tak boleh download. tengok je boleh la.


okay itu saja. ni pun mr. google. hohoh :D


credit to: budak edit