Tuesday, December 30, 2014

2015

Assalamualaikum

okay. hari ni last dalam tahun 2014. esok dah 2015 oi. dah besar. form 5 dah pun. SPM. senior. ewah. haha. kemain. bukan apa. banyak suka duka yang aku hadapi tahun ni. menangis gebira semua tu dah biasa. jumpa kawan baru. kena marah. kena denda. semua tu normal. student kan. haha.

 

hah. nampak tak dia punya kemeriahan nak tahun baru. haha. tak sabar gila tunggu esok. spm oi. dah lama aku tunggu nak habis spm. zaman form 1 lagi. hehe. tapi busy la. nak struggle untuk spm. nak jadi doktor kan. haha.

btw, last aku nak cakap maafkan segala salah silap sepanjang aku hidup. haha. biasala. ayat nak masuk tahun baru. ye dok?

dah kbye. anddd happy new year!

Wednesday, December 24, 2014

Postcards Giveaway from Czech & Germany

Assalamualaikum.

hanisamanina 

rasa berminat dengan giveaway ni. postcards czech & germany weh. aku nak pergi sana tak mampu lagi. sooo, rasa nak join. nak dapat postcards tu. haha. 

anyone nak join boleh CLICK HERE

now, nak cari mangsa tag. hehe. sorry yaa. jom join sesama ^_^



3. Nazurah

Tuesday, December 23, 2014

BANJIR BESAR KELANTAN

Assalamualaikum


MashaAllah. sedih tngok. teruk sangat. negeri aku ni. khabarnya, negeri kelantan dah terputus hubungan 100% dengan negeri negeri lain. Allahu. mungkin ini adalah ujian daripada Allah. kita mampu berdoa.

lagi satu, tadi aku bukak twitter. bukan nak aibkan apa ke eh. ada la makhluk Allah. sanggup dia cakap ni semua bala. Ya Allah. think positive lah. kalau Allah nak buat benda sama dekat negeri dia sekelip mata je. hmm. 



mohon bantuan daripada semua pihak. tak rugi pun bersedekah. mana tahu RM 1 yang kita bagi tu boleh bantu dorang untuk 10 hari ke. kan? mana tahu. 

okay lah. let's pray for them. for kelantan. thanks yaa


nak berita lanjut setakat ni aku baca dari MIMBAR KATA.


 

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curah hujanmu" 
- Surah Hud, ayat 44 -


Monday, December 22, 2014

DR Fatin Liyana dah bertunang

Assalamualaikum.

Tengah usha blog tadi. terbaca yang DR Fatin Liyana dah bertunang. Ya Allah. jakun gila bila dua hari internet tak boleh bukak. terkejut tau. aku dapat tahu berita ni pun daripada blogger mek cah

tak tahu pun. sebab biasa aku selalu stalk FL dekat instagram. tapi dia punya instagram tak aktif untuk smentara waktu ni. mungkin ada sebab tertentu kan. blog FL pun jarang jarang di update. maklumlah dah jadi doktor. 


khabarnya DR FL selamat bertunang dengan DR ANWAR FAZAL. hehe. tahniah. pertunangannya hanya dihadiri keluarga terdekat dah secara rahsia. hmm. eloklah. tak sabar nak tunggu FL kahwin. hehe. harap dapat jemputan ya. 

 

tahniah. semoga kekal sampai ke alam perkahwinan. ameen 

KOLAH

Assalmualaikum.

pernah dengar tak KOLAH. alaa. ke aku yang salah. benda ni ada kat kampung je tau. fungsi dia macam besen gitu. dia besar. tempat simpan air. ni kalau mandi memang nko boleh nak fefeeling kat korea. sejuk dia MashaAllah. tambah kalau nak ambik wuduk pagi pagi. benda ni ada kat kampung aku. hebat gila kalau boleh mandi sebelum subuh dengan air kolah. 

nak dijadikan cerita. masa tu aku sekolah rendah kut. dalam darjah dua camtu. hahaha. actually, malu gila nak story kat sini. tapi em takpe lah kan. nak jugak aku abadikan dalam blog. jadi tatapan anak cucu. ceh.

sebelum tu, aku nak bagi warning sedara mara aku yang baca. please laaa jangan ungkit benda ni bila balik kampung. tolongla. merayu. hahahaha. malu gila.

okay. aku ada cousin umur dia muda setahun. nama dia anis. masa tu, aku tak tahula cemana kitorang boleh mencurahkan idea yang memang terbaikssss. haha. aku tak fikir panjang pun masa nak melaksanakan idea cun tu. 

tahu tak idea ni daripada anis. dia ajak aku mandi dalam kolah. wadeeeheelll. kolah wei. bukan kolam. biasalah. masa tu belum akil baligh kan. tak reti nak fikir. fefeeling mandi kolam kau. boleh bayang tak kitorang siap berenang dalam tu. haha. best gilaa. kolah rumah atok aku kira besar gak ah.

syok gila mandi KOLAM kan. tak perasan berapa lama kitorang dalam tu. kejap pergi bukak air paip. tak nak ada orang perasan. licik tak. haha. lepastu kan, aku lupa siapa yang panggil kitorang. ayat dia "woi, buat apa kat dalam lelama tu, mandi kolah ke apa?" weh. nko rasa apa kitorang buat. haha

........................................................................................................................

aku lupa apa jadi lepas tu. yang aku ingat. semua tanya. siapa mandi dalam kolah. sebab ada banyak buih sabun. air pun dah kelabu. haha. rasa macam bodoh gila masa tu. asal la aku buat benda ni. padahal kawasan perkelahan air terjun sebelah kampung je. mampu je kalau nak pergi. 

tapi takpe la. bila aku fikir balik. boleh jadi kenangan kan. aku dan anis je merupakan cucu atok aku yang pernah berenang dalam kolah. hahahaha. keji sangat perangai aku zaman kecik dulu. okay bye.

Friday, December 12, 2014

Tutorial Fesyen Tudung Bawal ala fareeda yunabella

Assalamualaikum

hai. hari ni aku rasa ter rajin tau nak share tutorial ni. hehe. tudung ni tudung bawal biasa je. dia ala ala tudung fareeda tu. tapi lagi murah kan. tudung ni boleh dilabuhkan kalau nak labuh banding dengan tudung yang asal. soo, ini dia. tutorial ni daripada Blogger Yunabella. anddd, aku jumpa tutorial ni daripada Blogger Azhafizah. tutorial ni sesuai lah untuk si pemakai bawal tegar macam aku ni. ceh.ye la 'AKU DAN TUDUNG BAWAL BERPISAH TIADA' gituu.

okay dah. back to the main story. 

Fesyen tudung bawal mawar fizo omar 
Fesyen tudung bawal mawar fizo omar 2 
Fesyen tudung bawal mawar fizo omar 3 
Fesyen tudung bawal mawar fizo omar 4

okay. done!

Saturday, December 06, 2014

Air

Assalamualaikum.

hmm. semenjak cuti ni. aku rasa macam dah kurang minum air tau. kalau sekolah tu selalu bawa botol air. tu pun umi yang bagi. jadi untuk disiplinkan diri aku try google. dapat dari Cheq Eem

First, pilih botol atau bekas untuk sukat isipadu air.

1. Botol Air


Tak kisah la botol jenis apa. tapi nko tahu dia punya isi padu. senang nak sukat. nak target.

2. Gelas / Mug / Cawan

 

tetapkan jenis gelas yang nko nak guna hari ini. lepastu sukat secara manual berapa ml gelas kalau diisi dengan penuh. biasa kalau gelas / mug 250 ml. kalau gelas kecil 200 ml. cuba nko kira balik kalau tak yakin.

sekarang macam mana nak cukupkan 2L sehari. so, ini cadangannya.

WAKTU: Pagi
1 gelas air selepas bangun tidur
1 gelas air sebelum pergi kerja
1 gelas air selepas sarapan

WAKTU: Tengah hari
1 gelas air sebelum makan tengah hari
1 gelas air selepas makan tengah hari

WAKTU: Petang
1 gelas air sebelum balik
1 gelas air selepas balik
1 gelas air sebelum mandi

WAKTU: Malam
1 gelas air sebelum makan malam
1 gelas air sebelum tidur

jadi, kalau nko dah berjaya minum 10 gelas sehari, maknanya nko dah berjaya minum sekurang kurangnya 2L air kalau minum 200ML air. Bukan susah pun nak cantik dan sihat. 


Friday, December 05, 2014

Manusia

Assalamualaikum.

  

perasan tak? ramai sekarang ni dah mula sedar tujuan hidup. ceh. betul. dah kembali pada jalan Allah. Alhamdulillah. Tambah- tambah artis semua dah pakai tudung. baguslah. dorang dah mula sedar. dorang jugak boleh dijadikan contoh kan. sebagai pendorong untuk berubah kan.

tapi tapi tapi. ramai sangat yang salah anggap. kan. terlalu ramai.

"alaah, kejap je tu. nanti kita tengok"

"saja je tu. nak tunjuk alim"

"bukan betul pun. ikut trend je tu"

hoi hoi. nko sapa  nak nilai hati seseorang. sekurang-kurangnya. dia buat apa yang betul walaupun terpaksa. doakan dia istiqamah. tu je. 

 

tolonglah eh. jangan bersangka buruk. 

 

normal bila benda baru jadi dalam hidup kita. orang lain akan sibuk. cemuh semua tu. tapi sabar. 
Selagi boleh bersabar, teruslah bersabar. selagi boleh diam ambillah hikmah diam. bersedih sederhana tapi lebih bahagia andai tersenyum. usahlah fikir anggapan orang lain. kerana Allah tahu apa yang kita rasa.

 

Banyak yang Allah takdirkan untuk menimpa kita dan dia timpakan semua tu untuk merubah kita. To be a better person.

 

Actually, aku pun tengah slow slow pakai stokin, handsock. alaa, best apa. kaki tak berpeluh bila pakai stokin. pakai pergi kelas dulu. then sikit sikit la kan. abaikan apa orang kata. Doakan aku istiqamah yaaa =)

 

move on. kalau kawan kita yang dulu dah tak suka berkawan dengan kita bila kita dah berubah, maknanya Allah nak bagitahu yang dia bukan kawan yang baik untuk kita. cari kawan baru. yang boleh pimpin kita ke syurga Allah. 

 

selalu doa. minta dengan Allah. walaupun kita tak mampu tapi minta.

 

cuba ubah cara hidup kita. perlahan. walaupun sikit. takpa. Allah tahu kita usaha. 

 

Inshaa Allah. sama sama kita usaha. sama sama doa. aku pun bukan alim. tahu semua. tu je aku mampu share. sorry kalau gambar banyak. rasa hambar je bila aku buang gambar tu. okay. bye. Moga Allah memberkati kita yaaa  :)









Friday, November 28, 2014

ON VACATION

Assalamualaikum.

 
okay. nak inform yang aku nak pergi bercuti start esok. haa. family vacation. alaa. bukan jauh pun. dalam malaysia gak. sooo, cabaran aku tu tangguh kejap eh. 

Wednesday, November 26, 2014

FAKTA ANAK KEDUA

Assalamualaikum.


haha. bukan nak tilik masa depan ke hape. aku nak share benda ni je. kebetulan okay. terjumpa masa tengah scroll  twitter. haha. sama kut dengan aku. anak kedua weh. jom jom.

 

1. betul kut. aku tak boleh la. lembut hati. susah nak benci orang. bukan nak tunjuk perfect ke apa. no no no. mulut je kata benci tau. hati kemain. tapi tapi tapi kalau aku dah tak suka gila dia haaaa.

2. yes. garang gila. nko tahu tak siblings aku semua panggil aku harimau. haha. okay tak lawak. tapi aku paling penyayang tau. tak percaya tanya adik aku. haha.

3. memang. aku kalau gelak jangan tegur. tapi takde lah sampai melalak satu rumah. tak ingat dunia je kan.

4. omagaadd. yang ni memang betul. sensitif gila. aku taktahu kenapa. air mata keluar macam entah. aku tak suka lah sensitif ni. asek menangis. aku taknak sebenarnya. nko paham tak. barang aku bersepah pun boleh nangis. wadeheeell

5. hah? peminat? tak tahu pun. haha. okay yang ni tipu. aku ni low profile je. tak mau lah pemes pemes ni. haha. ramai tak kena aku kut kat sekolah. hahahahaha

6. okay yang ni betul. memang mudah jatuh hati. ceh. ye la. mudah sayang orang tu kalau dia ambik berat pasal aku. oh. touchinggg

7. betul kut. susah nak lupa orang yang aku sayang. aku memang tak lupa orang yang aku suka dari tadika lagi. semua nama aku ingat. hmm. 

8. tumpuan? tak kut. hishh. tumpuan ramai amende pulak. takde lah. takde takde takde. 

9. yes. aku tak suka lah nak tunjuk semua orang yang aku sedih. aku lagi suka pendam. entah. rasa macam ni private aku. takde orang boleh tahu. hmm. aku bagitahu dekat orang yang aku percaya je.

10. macam no.7 la kan. aku memang ingat kawan kawan lama aku. tak lupa pun orang yang aku sayang. nama kawan aku masa kat tadika dulu QISTINA ADNIN. sila terharu. tak pernah jumpa balik lepas aku keluar tadika. 

11. macam ulang balik je. perasan tak? sama je kan kan kan. ya! aku penyayang dan romantik. haha. nampak tak marah dia tu. kahkahkah

12. manja. lagi sekali dia bagitahu. hantuk kangg. pemurah hati tu betul kut. aku pernah terpikir nak bawak gula-gula dan makanan kucing dalam beg. senang kalau aku jumpa kucing or bebudak. lagi satu, aku suka tengok dorang happy. hehe.

13. ye ke? kawan aku cakap betul. aku pandai bercakap. tapi aku rasamacam aku pendiam. kawan aku cakap ya jugak. aku pendiam tapi peramah. hmm. nko pikir lah. 

14. sooo true. aku memang gila-gila kalau dengan geng. haha. jangan cakap. macam macam aku boleh buat. 

15. yes. aku takboleh duduk dalam gelap. kalau tidur pun. mesti ada satu cahaya tau. tak kira lah terang ke tak. mesti ada. 

16. aku memang suka memasak. tapi tapi tapi aku tak suka masak lauk pauk semua tu. pelishhh. aku suka dessert ke. western food ke. yang kalau masak tak perlu banyak jenis.

17. rajin ke? kalau tanya umi tak kut. haha. tapi aku kalau dah rajin tolonglah jangan ganggu. nko bagi semua pinggan dekat malaysia ni pun aku sanggup basuh. haha

18. ya. aku mudah je. kalau senyap ada benda tak kena. memang aku senyap ah. tak cakap pun. 

19. ya. selagi mampu aku akan tolong. aku pikir kalau aku tolong orang tu mesti ada orang lain akan tolong aku. power tak otak aku? hahahahaha

20. semua orang dalam rumah dah tahu. aku lah paling mudah bangun. cepat tau. aku pun taktahu. ketuk pintu. sentuh tombol pintu aku bangun terus. even ada orang sebut nama aku pun terus bangun. haha. magic kan.

dannnn, aku anak kedua yang awesome! perasan tak kat situ. haha. dah baca hafal. okbye.

MENGUAP

Assalamualaikum.

hari ni nak borak pasal menguap. ecewahh. macam terer sangat akak kau ni. haha. takde lah. pernah tak nko rasa nak menguap bila tengok orang lain menguap? even tengok gambar baby duk menguap pun nko boleh berjangkit nak menguap. pernah tak? pernah tak? haha. normal lah tu. aku pun ada jugak. tapi menguap ni kita kena tahan tau. tahan semampu boleh. haha. mesti nko pikir tahan menguap yang tutup mulut semampu boleh sampai hidung nko yang mengembang kemain. kahkahkah. 



haa. aku nak tanya. sehari berapa kali nko menguap? tak terbilang. ye dak? menguap ni tak kira masa kan. sambil borak dengan gengpun nko boleh menguap. siap keluar air mata bagai. feel gettew.



yang ni memang feel gilaa. okay. petua elak menguap. bila nampak je ada orang nak menuap cecepat nko alih pandangan. tengok benda elok sikit. takpayah nak hadap sangat tengok comel tak orang tu menguap. haa. takpayah.

Dalam Islam, kita dianjurkan menutup mulut ketika menguap kerana banyak hadis yang menyentuh tentang perbuatan menguap dan adab-adabnya membawa kepada satu makna. Iaitu Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut apatah lagi ketika solat.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).” Riwayat Imam Muslim.

“Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu. Kerana sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap terkeluar perkataan 'haa', syaitan akan mentertawakannya.” ( Hadis Riwayat Bukhari)


Islam juga telah mengajar beberapa adab ketika menguap iaitu dengan menutup mulut dan sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap . Jadi, patuhilah adab-adab dalam Islam ketika anda menguap. Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan oleh syaitan. ok bye.

Friday, November 21, 2014

Holiday

Assalamualaikum.

 

woah. it's holiday. haha. last aku sekolah jadi pelajar Form4. hmm, tahun depan aku dah exam. SPM weh. cepat gila masa. cuti ni aku decide nak study form4. nanti form5 dah tak payah kalut. nko paham la umi aku. cuti ke tak cuti pegi tusyen. memang takde can la aku nak lepak lepas subuh. kelas start pukul 8. gila awal. pukul 7 dah nak kena ion baju bagai. umi will always ask me to study study and study. i know she want the best for me. hmm. I'm too worried about that.

takpa. umi kata. susah susah dulu. bukan senang nak jadi senang. kena usaha. time ni je nak gigih semua. jangan fikir susahnya usaha. fikirlah manisnya kejayaan. setuju! macam biasa. aku selalu plan banyak benda. tengok ah jadi ke tidok. selalu tak jadi. ntah. haha. 

lagi sekali nak mintak maaf kat kawan-kawan tusyen, sekolah semua tu. haha. banyak sangat kenangan aku form4 ni. banyak yang kita kongsi sesama. thanks sangat yang selalu back up aku kalau aku kena marah dekat cikgu ke apa kan. haha. aku tahu. korang sayang aku kan kan kan. aku tahu ramai je kawan sekolah aku yang baca walaupun followers aku ciput je. haha. doakan spm aku tau. hehe. kbye. semoga kalian dirahmati ALLAH :)

Tuesday, November 18, 2014

PISANG GORENG CHEESE

Assalamualaikum.

 

woah. tengok gambar pun sedap gila. haha. nko tahu tak cheese favourite aku. ahh. ahh. i'm craving for this.
 nah for you. credit to www.azlitamasammanis.com
 one of my favourite blog. famous gila kan pisang goreng cheese ni. haa. dah tak payah order online bagai. dah boleh buat sendiri. 

PISANG GORENG

BAHAN-BAHAN

Sesikat pisang - buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur 
 
CARA-CARA

Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

BAHAN SOS DAN TOPPING
 
BAHAN-BAHAN
 
 1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
 
CARA-CARA
 
Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.
 
Okay. selamat mencuba yaa. 



 
 
 

CARA BETUL PAKAI COLI

Assalamualaikum.

Maaf kalau tittle kurang menyenangkan. untuk perempuan. lain gender sila pangkah. 

 Lebih kurang 80% wanita salah dalam pemakaian coli. kebanyakannya mungkin salah pilih size. mungkin tak suka dengan assistant dekat kedai tu. sama la. haha. tak suka gilaaa. okay. satgi bila dah tahu cara dia dah tak payah hadap dorang dah. ambil terus bayar. ye dak? hahaha. cun gila idea aku.okay back to main story. Actually, semua ni aku dapat DI SINI

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.


Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').


Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.


Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.


Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"


"Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.

"Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.

 "Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar,"

Ada juga wanita malu memiliki payudara besar. Avon Intimate tidak terkecuali mencipta sejenis coli yang mampu membuatkan payudara kelihatan satu saiz lebih kecil.

 "Dinamakan 'minimizer', coli potongan unik ini direka khas untuk pemilik payudara bulat padat dan besar kelihatan lebih menawan dan cantik terbentuk.

 "Perkara yang memalukan jika butang kemeja anda terbuka kerana bahagian berkenaan ketat dan sarat, jadi pemakaian coli 'minimizer' boleh mengelakkan situasi berulang malah kemeja juga terlihat lebih kemas dan selesa di pakai,"

 Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.

Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.

 "Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama," 


Payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan
  

Payudara pendulous
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

Payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

Payudara posisi rapat

- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi). 

INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?


Ukur saiz badan

- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

Saiz Coli (SC) = Saiz badan  +  4" @ 5"

Kalau Nombor genap, tambahkan 4"  (Con: 28" + 4"  = 32" [inilah saiz coli anda])

Kalau Nombor ganjil, tambahkan  5" (Con: 31" + 5" = 36" [inilah saiz coli anda])



 Ukur saiz mangkuk

- Ukur bahagian paling penuh payudara (SP) kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli


 Saiz mangkuk = Beza SP-SC


 0  = Cup 'A'
+1" = Cup 'B'
+2"  = Cup 'C'
+3"  = Cup 'D'
+4"  = Cup 'DD'
   
Dengan panduan di atas semoga anda semua dapat menentukan apakah saiz sebenar coli anda & dapat membuat pilihan yang tepat sebelum membeli pakaian dalam anda.

harap dapat membantu korang. sekali lagi terima kasih untuk AVON

Sunday, November 16, 2014

muntah dalam dewan exam

assalamualaikum.

haa. tahu tak sape yang muntah? haa. aku lah tu. memang tak pernah aku sangka benda ni akan jadi dalam hidup aku. haha. tak penah terbayang dek akal fikiran. aku muntah masa aku tengah exam PMR kut. form 3 dulu. haha. tahu tak subject apa. ce teka. 

  

memang kelam kabut gila. waktu nak masuk dewan tu aku tak rasa apa pun. serius. macam biasa. rasa dia macam nko masuk shopping mall. haa. bila aku duduk je kat tempat aku. buka paper tetibe rasa pening lepastu sakit perut. aku dah panik dah. kalau subjek ni memang masa aku tak pernah nak cukup. aku nak gi toilet pun takut. kalau aku tak sempat siap cemane. 

sebab aku tak larat gila. aku gagahkan diri pergi toilet. pengawas yang jaga tu dia suruh aku tulis nama penuh bagai. aku dah terketar-ketar dah. memang tulisan aku YA ALLAH. zig zag tau. ketar kan. aku relax jap dalam toilet. memang takde seorang manusia pun aku jumpa. Ya Allah. aku tak tahu dah nak buat apa. 
 

aku masuk dewan balik. tenang sikit je. lepastu datang balik. memang aku dah tak tahan. tak sempat nak buat apa sebab penat gila. aku muntah. semua fokus kat aku. aku pun dah terkedu gila. cemane aku boleh muntah kat situ. habis paper aku. ic aku. fuhh. 

cikgu bertugas bagi minum air. bagi ubat semua. tukar baju. aku masuk dewan balik. tapi aku duduk kat belakang sekali. sensorang. bayangkan haritu aku duduk kat depan. dikelilingi kengkawan aku. tapi ni dah dikelilingi pengawas peperiksaan. serius aku taktah aku jawab apa. penat doh. tangan ketar jawab exam. pengawas tu pun perasan. kebetulan ada pelawat dari PPD. dia tanya aku banyak tahu. dia suruh aku relax. jangan takut. 

yang paling aku ingat. waktu pengawas bagi tahu "semua calon dibenarkan keluar dewan kecuali calon bernama Siti Aisyah Bt Mazalan"  aku tengok dewan kosong. lepastu pengawas keliling aku. hmm. aku buat je. tak tahu apa aku jawab. nasib kertas satu. yang bulat bulat. haha.

Alhamdulillah. result aku not so bad and not so good. tapi subject ni aku dapat A. hehe. subject mathematics sebenarnya. hehe. tak sangka dapat A. aku memang dah tak target sebenarnya. jawab macam tak jawab. 

okay dah. kesimpulannya. takde benda yang mustahil. mungkin kita tak mampu. tapi Allah Maha Berkuasa. tak mustahil untuk kita dapat. kan kan kan. 

start kenal korea

assalamualaikum

ceh. tittle aku memang takleh blah. nak ceciter je. cemane aku boleh terjebak dengan drama korea ni semua.
fakta. aku tengok drama korea je. aku tak layan sangat lagu lagu dorang. eh eh. lagu dorang sedap. tapi aku tak terlalu obses dengan mana mana kumpulan. tapi aku setia dengan satu kumpulan tu je. tak kisah la sekarang ni dah famous gila EXO. sampai Luhan dan Chriss keluar pun kawan aku ada yang sanggup nangis. haa. betapa setianya aku. cehh.

aku start tengok korea masa aku form 2. tahun 2012. masa tu Aqeela yang suggestkan aku tengok satu drama korea. dia bagitahu aku yang citer tu best gila. aku tak layan sangat. tapi aku copy drama tu. aku tak tengok pun. lebih kurang 3-4 bulan jugak aku duk perap dalam pendrive. tak teringin nak tengok pun. tapi ada la. aku boring gilaaa masa tu. terdetik nak tengok drama ni. first drama korea dalam hidup aku. haha.

 
mestilah nak diabadikan dalam blog. jadi kenangan esok esok.

aku sebenarnya suka dengan hero dia. haha. bapak hensem gilaa

 




 



 


  

haa. banyak gila aku bagi nko tatap. haha. tak pelik la aku fans tegar kumpulan Shinee. haa. setia tau. lama gilaa. tak beralih arah. cehh. memang sampai sekarang aku minat dia. entah. haha. comel gilaaaa. dah berjuta kali aku tengok drama dia. dalam running man. haha. kbyee

PUDING MILO OREO

 

ASSALAMUALAIKUM.

Hari ni tak pegi sekolah. so, rasa nak buat puding oreo. nah bagi resepi dulu baru nak pegi buat. hehe.  resepi sebelum aku pandai buat puding ni pun dari google. ekceli gambar tu dari encik google. plus hujan di sini buat aku lapar tahap apa dah walaupun tadi dah makan nasi goreng. hmm. hujan je lapar. memang ada kaitan dengan sistem pencernaan manusia eh? haha. okay back to the story. 

BAHAN-BAHAN

Sepaket agar agar putih
Air -750ml
Gula -(lebih kurang 140g)
tepung kastard -2 sudu besar(campur dengan sedikit air)
Oreo -sebungkus
Milo -3/4 cawan
Susu cair -satu tin

CARA-CARA

1. Larutkan agar agar putih dalam air.
2. Masukkan gula sampai larut.
3. Masukkan susu cair. (sentiasa kacau).
4. Campurkan tepung kastard.
5. kacau sampai pekat dan mendidih
6. slowkan api (jangan tutup-nanti agar agar berketul)
7. Asingkan 2 cawan agar agar dalam periuk lain.
8. masukkan milo. kacau sampai semua rata.
9. slowkan api. 
10. masukkan agar coklat dalam bekas puding. tunggu keras.
11. masukkan agar agar putih. (sebelum tu carikkan sikit dengan garpu atas agar agar coklat) sikit  je. nak kasi dia melekat.
12. patahkan oreo pastu letak atas puding tu.
13. dah keras. lapisan terakhir tuang agar agar coklat balik. jadi tiga lapisan.
14. siap dimakan. lagi syok yang sejuk dalam peti.

okay. siap! selamat mencuba. hehe. harap harap jadi. doa penting tahu. menambahkan kesedapan dalam makanan. tambah tambah berzikir. elok lah kan daripada terkinja-kinja melompat melalak sambil memasak tu kan. haha.






 

Wednesday, November 12, 2014

GOOGLE - mokhtar dahari


Masa tengah syok search google. tak perasan pun icon tu. baru perasan lepas tengok entry baru Mia Liana. icon ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI. pemain bola sepak negara yang terkenal suatu masa dahulu.tapi aku tak sempat tengok. tapi tak bermakna aku tak kenal dia.

 
comel. hehe. actually. hari ni hari kelahiran beliau.

DONE EXAM

Hulloo. Assalamualaikum.

haha. kemain aku. exam dah habis woii. takpayah nak stay memalam lagi. habis eyebag aku. aku ni jenis memang suka bebeno study last minute. awesome! hehe. dah. stop. exam dah habis. mampu doa dan tawakkal. usaha dah. harap dapat result gempak. untuk tahun depan. tahun depan FORM5 weh. dah SPM kut aku. tunggu masa nak kawen. haha. gatal. 

okay. back to the story. banyak benda aku plan sebenarnya lepas exam ni. espcially untuk blog ni. haaa. nampak tak perubahan dia. memang aku dah niat dari dulu " sahaja aku habis je exam nak urus blog "
haha. tercapai lah sikit. sikit je. okay la kan. 

semenjak habis final exam ni malas pulak nak mengadap whiteboard dekat sekolah. haih. genetik sape tah. haha. bukan apa. baik aku mengabiskan mas dekat rumah. banyak benda aku boleh buat. kalau pegi sekolah cikgu pun ramai takde. guard budak budak SPM. cehh. ye dokk ? 

rasa macam habis SPM bila dah habis Final exam ni. faham tak perasaan bila dah freedom ni. alaa, macam baru habis melabur. haa gitula. haha. 

anyway, aku harap result aku gempak. ameen. kbye :)

Wednesday, October 22, 2014

Asrama

assalamualaikum. 

hah. dilema. cehh. tahun depan dah SPM. ramai tanya aku stay asrama ke tahun depan. mak oih. tak tahu nak jawab apa. maklumlah. anak mak. masa form 3 dulu pernah stay asrama. boleh tahan seminggu je kau. haha. HOMESICK wehh. entahlah kenapa. aku pun tak paham kenapa aku boleh nangis 5 minit sekali. malu weh. tengok benda tu ingat rumah. tengok benda ni ingat rumah.

haih. cemana la nanti. ramai yang cakap waktu ni lah nak belajar stay jauh dari makbapak. tapi. saiaa taa kuaddd. hahaha. nak je duk asrama tu. tapi takut tak mampu tahan rindu. ceh.
banyak kebaikan sebenarnya duk asrama ni. tapi entah. 

lagi satu. aku ni jenis susah tidur malam. tu yang malas nak stay asrama. takut takde orang nak teman study memalam. duk sensorang takut. hmm. tengoklah cemana. kbye

FINAL EXAM

assalamualaikum.

fuhh. ngeri sangat. minggu depan dah final exam. hmm. kejap je masa. tak rasa pun. tahun depan dah SPM.
Kalau korang perasan dah lama sangat aku tak update blog. bersawang dah pun.maklumlah. tak mampu nak update. bukak je. 

Anyway, doakan aku tau. hehe. memang kena struggle lah. nak duk kelas elok memang susah jugak sebab sekolah cluster kan. budak pandai. aku tak de la genius. alah cluster je pun. aku tahu. tapi umi selalu cakap kalau nak tak mustahil kita dapat kalau usaha, doa, tawakkal.

cikgu pun selalu cakap. semua sama je. rajin dan malas je beza. kalau rajin memang inshaa Allah dapat.
hmm. Inshaa Allah. aku buat yang terbaik. untuk umi dan abah. kakngah tak janji tapi kakngah akan usaha. one day, i'll make you proud. inshaa Allah. 

okay dah. feeling pulak. header pun takde tu. tak sempat nak kemas kemas blog. Inshaa Allah habis exam ni sempat lah kut. kahkah. okay. doakan kejayaan aku eh. hehe. lebiuuu


Friday, October 03, 2014

3 waktu dilarang mandi

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib..
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.


Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu
dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang
panas, jika kita mandi ketika itu, akan
menyebabkan badan menjadi lelah dan penat
untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai
lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian
menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi
akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air
dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita
berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi
ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung
akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12
malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih
memberikan energy kepada badan seperti mana
bateri yang telah lemah di cas semula.

Speechless

MOHON BACA PLEASE

assalamualaikum. memang lama bebeno tak update blog. ersawang bagai dah ni. hehe. facebook dah berapa bulan tak bukak. tadi terdetik nak bukak. godek godek jumpa cerita ni. nak share. sentap jugak bila baca. ye la. 

I'm on my to go home. from LRT AMPANG PARK
to LRT CEMPAKA..
Turun tangga..nak tunggu lrt..smbil pegang buku
ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya
DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan
baca..
Time trun tangge tu dah prasan dah ade org
perhati..trun2 tangge je kne lalu depan org yg
perhati tadi..lelaki,die sgt berminat tgok buku yg
saye pegang tu..tpi sye buat biasa je la..
Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi sye x dgar sgt..then die repeat ..
" Assalamualaikum "
*dalam hati.."eh..die Muslim ke.."
B ( Me ) : Waalaikumussalam
A : You read that book? about Islam?you're Muslim
right?
B : yeah..Alhamdulillah,i'm Muslim..
This book?ouh,juz for gain knowledge about
Islam more brother..and I wanna learn on how
to explain about this religion to the not yet
Muslim..i'm still a learner
A : ouh..haha..funny right,Islam is there,but
Muslim not..
( * time ni saye x clear sgt ape die cakap )
B : where are you from?
A : I'm from Palestine
B : Palestine?really??are you Muslim?
A : ouh sister..of course I'm
B : ouh..hee..nice..nice to meet you
A : but I changed..
B : u changed?did u mean u already converted?
A : yeah..now I'm free..free thinker..
B : but why?
A : hmm..THERE'S ISLAM..BUT THERE'S NO
MUSLIM IN THIS WORLD..
B : wait..what are u trying to say?
A : ouh my god,u didn't understand me..
B : no3,just confused,did u mean..THERE'S NO
REAL MUSLIM NOWADAYS?
A : yeah..hmm..Islam is the best religion
right..the real religion,you know right??
B : yeah..I know..and I Believe..
A : me too,I believe it,deadly believe..but..huh..t­
here's no Muslim..
Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD
DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..ISLAM
ADE,MUSLIM DAH TAKDE
Then..sye tros tanye..
B : why don't u try to be one?the real Muslim I
mean..
A : huh..good question..hmm..TO BE THE REAL
MUSLIM IN THIS WORLD,IMPOSSIBLE..IF YOU
WANNA BE THE REAL MUSLIM,YOU CAN'T LIVE
HERE,YOU CAN'T LIVE IN THIS
WORLD..EVRYTHING CHANGED SISTER..THIS
WORLD WAS SO CRUEL FOR US,THEY WILL LABLE
US AS TERRORIST..
Sye terdiam..terpaku..terkaku.. mcm2 benda dtg
singgah kat otak..tpi x tau nak cakap ape..otak
jam..
Die smbung lgi..
A : I saved half of Al-Quran in my heart..my
mind..I'm HAFIZ also..I wanna ask you,you pray
5 times a day,am I right?
B : yeah,alhamdulillah
A : we facing the Kaabah as our direction for
solah..where's our FIRST QIBLAH?
B : Masjid Al-Aqsa..Baitul Maqdis??
A : yeah,but now it sold,it sold,it sold sister,the
jews conquered it..
( * muke die mcm kecewa )
Ttibe lrt smpai..die frust sbb x dpt cakap
lame2..
A : i'll arrive at KLCC.. (satu stesen je la
kirenye )
B : ouh,ok..
( sye proceed bace buku tadi..time tu part
JESUS,SON OF GOD )
Die tros tanye..
A : where's JESUS born?
B : I don't know..where?
A : you don't know?but u called yourself
Muslim..he was born at ( ape ntah nme tmpat
die..x clear sgt sbb bising dalam lrt )
B : where is it??
A : uhhhhh sisterrrr
read more..read more..then u'll know..
I'm true..THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS
Saye diam je..care die nmpak mcm nak test saye
je sbenarnya..hmm..sye sambung bace..lrt smpai
kat KLCC
A : terima kasih sister,i got to go,read more..
Saye pon duduk sbb ad tmpat kosong..
Then..terngiang2 kat tlinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop..by drop..by drop..makin laju..
Btol..saye x nampak ssape pon yg berperwatakan
macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI
WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim
yang lain meggunakan lidah dan tangannya "
Tapi ape yg saye buat bile nmpak saudara
seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Saye biarkan..saye x selamatkan..
Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya
Rasulallah??
Rasulullah cakap..
" Muslim itu bukan seorang yang menghina "
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi
selalu menghina.

hmm. semoga kita menjadi orang islam yang bebetul islam 

Thursday, August 28, 2014

kenapa nak kutuk ??

Assalamualaikum.

 Harini nak emo emo sikit. cehh. bukan. minggu ni macam macam perkara jadi. aku tak paham.
manusia sekarang lebih suka kutuk, hina, jatuhkan orang, malukan, aibkan. bukan nak tunjuk alim. aku pun tak sempurna. YES. maelayu kutuk melayu. even sesama islam sekalipun. tak paham aku.

kalau nampak seseorang tu buat salah, sangatlah normal bila orang tu dikutuk, dihina, dimalukan or anythings else. pelik. why not kalau kita doakan dia supaya kembali ke jalan yang benar. tak salah kan. tak rugi sikit pun. apa yang kita doa tu akan reflect balik kat kita. 

apa yang kita cakap adalah doa. dan apa yang kita doa akan didoakan para malaikat kepada kita.

Friday, August 22, 2014

Cara mudah buat puding trifle

Assalamualaikum.

Harini aisyah rasa rajin pulak nak share resipi. hikhik. sebenarnya minggu lepas ada sambutan hari raya kat sekolah. jadi aisyah rasa puding trifle sesuai kut bawak. kegemaran ramai.

BAHAN-BAHAN
1. swiss roll / kek / apollo (pandan & vanilla) - AM guna swiss roll
2. buah-buahan cocktail - asingkan buah dengan air
3. tepung kastard
4. gula
5. jelly - guna jenama nona
6. jem strawberry - optional je (taknak letak pun boleh)
7. buah-buahan segar - AM guna strawberry
 8. 1 tin susu cair. 
9. air - sukat pakai 1 tin susu cair
CARA-CARA
1. potong kek (jangan tebal sangat). susun dalam bekas. jangan bagi ada lubang.
2. kalau nak kek korang gebu gitu boleh renjis renjis air cocktail tadi. air dia je tau. (jangan syok sangat renjis tu. kang manis sangat)
3. sapu jem atas kek korang. jangan banyak sangat. nipis je. (tak letak pun takpe)

4.BEKAS LAIN. masukkan 3 SB penuh (biar penuh penuh macam gunung gitu).  
5. masukkan 1 tin susu cair.
6. masukkan air sukat pakai tin tadi.
7. masak atas api perlahan. kacau sampai agak pekat gitu.

8. tuang atas kek tadi. (tunggu sampai betul betul keras, bukan guna freezer)
9. letak buah buahan cocktail. jangan ada air. dah pesan tadi asingkan.

10. sekarang masak jelly nona atas api perlahan. tambah 2 cawan air. (ikut arahan di belakang kotak)
11. bila serbuk dah hancur dan agak dah okay boleh tuang terus atas buah cocktail tadi.
12. boleh hias guna buah buahan segar.
13. then letak dalam peti ais. SIAP.

SB = sudu besar

okay. semoga berjaya. kahkah. sorry kalau ada ayat susah terbelit sana sini. kalau ada masa, Inshaa Allah aisyah update resipi makaroni bakar yee (: